Andai dia jodohku.

Jodoh bermula dari sebuah pertemuan. Tanpa pertemuan, tiadalah kenalan. Rakan karib, sahabat, pasangan semuanya bermula dengan pertemuan.

Selalunya kita berkenalan dengan ramai rakan di luar sana, tidak kira melalui facebook, tweeter, blogger & banyak lagi. Kita mahu Allah dekatkan jodoh kita dengan pasangan yang baik, soleh, solehah tapi bagaimana dengan diri sendiri? Bukannya sekali kita berdoa akan datang jodoh tu, dan untuk itu biarlah jodoh itu datang hasil daripada doa dan usaha yang kita inginkan. Usaha di sini bukan bermaksud mencari jodoh dengan cara stalker muslimah/ muslimin di luar sana. Usaha di sini bermaksud memperbaiki diri sendiri agar dapat bertemu jodoh yang baik. Apa usaha untuk memperbaiki? Tunaikan kewajipan tinggalkan larangan Allah, selalu mendekatkan diri ke majlis ilmu, rajin menolong ibu bapa dan selalu berbuat baik pada orang lain pasti disaat kita sibuk melakukan amal jariah, Allah datangkan jodoh yang baik dekat kita. Allah pertemukan jodoh kita di majlis ilmu, melalui ibu bapa, melalui bermacam cara. Disitulah kita dapat jodoh yang baik. Nak jodoh yang baik, diri sendiri kena jadi baik, barulah ada pasangan yang saling melengkapi. 

Ada segelintir orang memikirkan selalunya jodoh orang yang baik pasti pasangannya sebaliknya. Kata orang “yang ini baru saling melengkapi” Jangan terlalu confident akan jadi begitu. Kalau berasa diri kurang baik dan mahukan jodoh yang alim, lebih baik kita perbetulkan diri dulu barulah Allah pertemukan dengan pasangan yang sedemikian. 

Berdoalah kepada Allah seakan akan kita tak akan memperoleh keinginan itu supaya kita tak jemu untuk berdoa dan terlalu mengharapkan tanpa usaha. Dan bila sampai masa jodoh di depan mata barulah kita tertanya tanya “Adakah dia jodoh aku?” 

Dahsyatnya Doa Ibu

Ibu,


    Doanya adalah penawar juga racun berbisa

    Ibarat tajamnya mata pisau yang mampu melakar masa depan yang gemilang buat anak tercinta,

    Juga dapat menghancurkan masa depan si anak derhaka

    Doa ibu setanding dengan doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman. Ibu bapa insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Allah s.w.t.

    #karyasyamsuddinnoor